Murid-murid yang telah berdaftar di Masjid KLIA(18/07/2010)

1

Friday, September 3, 2010

Demo di sk bangi


murid-murid tahun 4 yang mengaku lemah sifir

sebahagian guru matematik yang terhibur teknik nyanyian bijak sifir

murid sedang menyanyikan lagu bijak sifir

STES KYM international telah mengadakan demo bijak sifir dengan kerjasama Guru Besar dan unit kaunseling Sek Keb Bangi Kajang. seramai lebih 800 murid tahu 2 sehingga 5 telah diberi pendedahan awal menguasai sifir melalui nyanyian dan corak. Menurut GruBEsar sekolah Keb Bangi, satu program yang melibatkan kesemua murid tahun 2 sehingga 5 akan diberi pendedahan teknik keseluruhan bijak sifir selama 4 jam setiap tahap selewat-lewatnya penghujung Sept ini. Dalam begkel tersebut murid-murid akan diberi rahsia menguasai;
1)membina sifir 2-99
2)menolak secara mencongak
3)menambah tanpa menggunakan jari
4)membahagi sifir asas dengan cepat dan tepat.
Kertas kerja akan dihantar kepada pihak sekolah selepas hari raya.

Saturday, August 21, 2010

Program Bijak Sifir Anjuran Mapim, Unit Inovasi dan KYM mendapat sambutan



21/8- Buat julungkalinya MAPIM menganjurkan program bersama KYM dan Jabatan Ketua Menteri Melaka (Unit Inovasi dan Pengkormeselan)didalam aspek pendidikan modal Insan
dimana mendapat sambutan ramai.Anak-anak bersama ibubapa telah meluangkan masa selama 3 jam didalam program "Bijak Sifir Alif" ini.
Dalam ucapan perasmian oleh CEO R&D Negeri Melaka iaitu Prof.Datuk Abu Bakar Md.Diah, beliau tertarik dengan teknik kreatif En.Ab.Rahim dan bersedia mengadakan lagi program ini di masa-masa akan datang dan diseluruh Negeri Melaka.
Program ini telah menarik minat lebih 100ibu-bapa dari sekitar Melaka termasuklah dari Ramuan Cina Besar,Masjid Tanah, sekolah intergrasi Selandar dan di sekitar Melaka tengah

Pandangan seorang dari ibu yang menyertai sama program ini






Pandangan seorang bapa terhadapa program ini

Tuesday, August 17, 2010

Berita...


Friday, August 13, 2010

YB Datuk Latiff Tamby Chik berminat program Bijak Sifir anjuran Koperasi Pembangunan Tijarah Melaka Berhad



"Program ini memang baik. Saya memang megambil berat keatas pendidikan anak-anak melayu dan program ini merupakan satu kaedah yang dapat meningkatkan lagi kemahiran matematik dikalangan murid-murid sekolah di kawasan saya."-Datuk Latiff Tamby chik


Koperasi Pembangunan Tijarah Melaka Berhad
telah di lantik menjadi
agent Pemasaran untuk memperkenalkan program Bijak Sifir di Parlimen Kota Melaka dan seluruh Pertubuhan Koperasi di Malaysia. Buat permulaannya satu program Bijak sifir Anjuran bersama Biro Pendidikan UMNO dan Koperasi tijarah akan mengadakan projek printis di Bangunan Japerun Telok Mas pada 21/9/2010 dengan disertai oleh seramai 100 murid-murid.

Thursday, August 12, 2010

BijakSifir DiTawau dan Samporna Sabah



STES_KYM International telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan Program Bijak Sifir Alif di Sabah dan Serawak. Untuk permulaan 6 buah sekolah telah di jadikan projek printis dimana seramai lebih kurang 4000 murid-murid tahun 1 sehingga 6 telah di dedahkan kepada teknik menguasai sifir kreatif ini. Sekolah-sekolah yang telah dipilih ialah Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan apas , Sekolah Kebangsaan Titingan, Sekolah Kebangsaan Kinabutan, Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan Bukit tinggi(samporna)dan sekolah Kebangsaan Bubul II (Samporna)
Mengikut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kinabutan,beliau berminat untuk mengadakan sekali lagi program ini bersama ibubapa supaya mereka dapat mengajar anak-anak semasa di rumah.