Murid-murid yang telah berdaftar di Masjid KLIA(18/07/2010)
1
Friday, March 19, 2010
Program Kemahiran Fakta Asas persediaan UPSR Sek Keb Ayer Molek Melaka
Seramai 44 murid-murid tahun 6 sekolah Kebangsaan Ayer Molek telah menyertai bengkel Kemahiran Fakta Asas- Teknik pengiraan cepat anjuran STES-KYM yang di adakan di sekolah tersebut. Dalam ucapan oleh Cikgu Jalal selaku pengelola program tersebut program ini adalah atas inisiatif Yang diPertua PIBG Sekolah tersebut iaitu Tuan Haji Osman serta Guru Besar Sekolah tersebut iaitu Cikgu Rosli. Selama 2 jam, peserta telah di dedahkan teknik menambah tanpa menggunakan jari, teknik menolak tanpa pengumpulan semula, teknik garis spot untuk mendapatkan jawapan terus sifir asas dan juga teknik bahagi.
Terdahulu dari itu satu demo telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Dato Palembang yang membabitkan serama lebih 400 murid tahu 3 dan 4 dimana penceramah Fakta Asas iaitu En. Ab.Rahim bin Ab.Samad telah memberikan teknik-teknik untuk menguasai sifir kepada murid-murid tersebut.
Hasil dari Demo tersebut seraamai 42 murid-murid dari sekolah Dato Palembang telah menyertai Bengkel Kemahiran sifir yang telah di adakan di Kolej Yayasan pada 15/03/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment